BAPA LEMAS SELEPAS SELAMATKAN ANAK

GEORGETOWN: Seorang lelaki meninggal dunia akibat lemas sewaktu cuba menyelamatkan anaknya di Pantai Miami, Batu Feringghi, petang semalam.
Kejadian berlaku kira-kira 4.30 petang melibatkan mangsa, Haryadi Salleh, 43, lemas semasa cuba menyelamatkan anaknya berusia 13 tahun yang hampir lemas.
Pegawai Operasi Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal, Ahmad Rezki Faris Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 4.28 petang sebelum anggotanya bergegas ke lokasi kejadian.
Setibanya mereka di lokasi kejadian mendapati seorang mangsa lelaki tidak sedarkan diri akibat lemas.
“Mangsa terlebih dahulu berjaya diselamatkan orang awam dan diberi rawatan awal oleh seorang doktor yang ketika itu sedang bercuti serta berada berhampiran lokasi kejadian bersama pasukan bomba serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).
“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia),” katanya seperti dilapor media tempatan.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.—AlHijrah Online