Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAS BAWA 30 MURID, 10 GURU TERBABAS AKIBAT STERENG TIDAK BERFUNGSI

DALAM NEGARA

BAS BAWA 30 MURID, 10 GURU TERBABAS AKIBAT STERENG TIDAK BERFUNGSI

Sepuluh guru dan 30 murid Sekolah Islam Integrasi Ikhwan Gong Kulim Pasir Puteh berdepan detik cemas, apabila bas dinaiki mereka terbabas ke dalam semak ladang sawit di KM 44 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini awal pagi semalam.

GUA MUSANG: Sepuluh guru dan 30 murid Sekolah Islam Integrasi Ikhwan Gong Kulim Pasir Puteh berdepan detik cemas, apabila bas dinaiki mereka terbabas ke dalam semak ladang sawit di KM 44 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kejadian yang berlaku 6.15 pagi itu, menyebabkan kesemua pelajar berusia tujuh hingga 12 tahun mengalami cedera ringan.

“Bas tersebut dalam perjalanan pulang dari Zoo Negara menuju Pasir Puteh.

“Siasatan lanjut mendapati kemalangan berlaku apabila stereng bas berkenaan tidak berfungsi, menyebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan itu seterusnya terbabas ke dalam semak ladang sawit,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sik berkata kesemua mangsa telah dibawa ke Klinik Chiku 3 untuk menerima rawatan awal.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959, kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading