Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA MAUT, SEORANG CEDERA DALAM RUNTUHAN KREN DI SITIAWAN

DALAM NEGARA

DUA MAUT, SEORANG CEDERA DALAM RUNTUHAN KREN DI SITIAWAN

Dua lelaki tempatan maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan runtuhan kren gantri di sebuah kilang di kawasan perindustrian Kampung Acheh, Sitiawan, petang semalam.

IPOH: Dua lelaki tempatan maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan runtuhan kren gantri di sebuah kilang di kawasan perindustrian Kampung Acheh, Sitiawan, petang semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, berkata pihaknya menerima maklumat runtuhan kren yang mengorbankan Abdul Rajim Hasmki, 33, dan Maiyden Asibin, 29, serta Mosed Alinid, 34, yang cedera pada jam 4.58 petang.

“Kemalangan kren industri berat dipercayai akibat kerja-kerja pemotongan kren untuk dilupuskan di mana berlaku runtuhan kren ketika kerja-kerja pemotongan dilakukan hingga menyebabkan tiga mangsa itu tersepit,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Beliau berkata pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian telah mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dan bantuan kren bagi memudahkan operasi.

Katanya, mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis dan mangsa yang cedera dihantar ke hospital.

“Operasi menyelamat melibatkan 13 anggota bomba dan tujuh anggota polis tamat pada jam 10.55 malam,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading