Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAUCER RM300 BUAT MANGSA BANJIR DI JOHOR BELI BARANGAN ELEKTRIK

DALAM NEGARA

BAUCER RM300 BUAT MANGSA BANJIR DI JOHOR BELI BARANGAN ELEKTRIK

Seramai 1,000 mangsa banjir daripada golongan miskin tegar dan B40 di Johor serta sebahagian Pahang bakal menerima baucer bernilai RM300 di bawah inisiatif Payung Rahmah, khusus untuk membeli peralatan elektrik.

Sumber Gambar: BERNAMA

MELAKA: Seramai 1,000 mangsa banjir daripada golongan miskin tegar dan B40 di Johor serta sebahagian Pahang bakal menerima baucer bernilai RM300 di bawah inisiatif Payung Rahmah, khusus untuk membeli peralatan elektrik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata baucer itu bertujuan membantu golongan terkesan khususnya di Batu Pahat dan Segamat, membeli peralatan elektrik seperti mesin basuh dan peti sejuk, bagi menggantikan peralatan yang musnah akibat bencana.

Beliau berkata hasil berkolobrasi antara pihaknya dengan syarikat-syarikat pengeluar barangan elektrik, mangsa banjir itu juga akan ditawarkan untuk membeli peralatan elektrik pada harga diskaun.

“Syarikat-syarikat ini mungkin akan menjual pada harga diskaun, dan pada masa yang sama KPDN akan top-up RM300 lagi menerusi baucer itu bagi mereka (mangsa) membeli peralatan baharu (menggantikan) yang musnah akibat banjir,” katanya.

Katanya semua data mengenai agihan inisiatif itu akan dilakukan oleh pegawai kementeriannya bermula hari ini, bagi memastikan mereka yang menerimanya adalah benar-benar dari golongan miskin tegar dan B40 yang terkesan akibat banjir.

Salahuddin berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan bangunan pejabat baharu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Melaka di Kota Fesyen, MITC Ayer Keroh di sini hari ini.

Setakat pagi ini, Batu Pahat masih menjadi daerah yang paling terjejas dengan banjir, melibatkan 21,089 mangsa daripada 6,031 keluarga ditempatkan di 81 PPS manakala Segamat pula masih terdapat 38 mangsa yang terjejas daripada 13 keluarga dan mereka ini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading