SEBARANG PROGRAM LAWATAN KE RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM DI PERAK PERLU RUJUK MAIPK
Sebarang program membabitkan pelawaan kepada umat Islam melawat rumah ibadat bukan Islam di Perak perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).
LENGGONG: Sebarang program membabitkan pelawaan kepada umat Islam melawat rumah ibadat bukan Islam di Perak perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata langkah itu perlu berikutan MAIPk merupakan pihak yang terlibat secara langsung dalam menentukan garis panduan berhubung perkara berkenaan.
“Di bawah jawatankuasa ini melibatkan ia perbincangan antara pengerusi MAIPk, menteri besar, setiausaha kerajaan negeri, mufti, penasihat undang-undang syariah dan sivil, bekas hakim mahkamah tinggi serta beberapa pihak lain.
“Apa jua keputusan dan arahan pekeliling yang dikeluarkan oleh jawatankuasa ini seharusnya dipatuhi kerana dibuat oleh orang-orang yang berilmu serta mempunyai kepakaran dalam agama Islam,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Perak akan mengikut langkah Selangor yang tidak membenarkan penganjuran sebarang program melibatkan umat Islam di rumah ibadah agama lain.
Dalam perkembangan lain, Saarani yang merupakan Pengerusi UMNO Perak berkata pemilihan di peringkat sayap semua bahagian berjalan lancar selain tiada sebarang insiden yang dilaporkan mana-mana pihak.
“Semuanya berlangsung dengan baik meskipun ada beberapa bahagian terpaksa mengambil masa agak lama untuk selesaikan (pemilihan) kerana bilangan kehadiran anggota mesyuarat dan calon yang bertanding agak ramai,” katanya.
Selain itu, beliau berkata walaupun berlaku perubahan di beberapa sayap bahagian namun ia tidak menjejaskan keharmonian malah memperlihatkan amalan demokrasi itu terus subur di dalam kepimpinan parti.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked