Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYARAN BPN 2.0 FASA KEDUA BERMULA 21 JANUARI

DALAM NEGARA

BAYARAN BPN 2.0 FASA KEDUA BERMULA 21 JANUARI

KUALA LUMPUR: Bayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) kepada 11.06 juta penerima akan dipercepatkan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bayaran tersebut akan bermula 21 Januari ini.

“Merujuk kepada pengumuman pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat, PKP Pemulihan oleh Perdana Menteri pada 11 Januari 2021, Kementerian ingin memaklumkan bayaran Fasa Kedua BPN 2.0 kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada serta sekitar 460 ribu penerima baharu akan dipercepatkan.

“Penerima baharu tersebut telah diluluskan semasa tempoh permohonan atau rayuan dibuka pada 15 Oktober hingga 15 November 2020 lalu,” katanya Tengku Zafrul dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, tarikh pembayaran bagi penerima B40 akan bermula 21 Januari 2021 dan dikreditkan terus ke dalam akaun bank.

Tarikh bayaran bagi penerima M40 pula bermula 25 Januari 2021 juga dikreditkan terus ke dalam akaun bank.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank pula, pembayaran akan dibuat mulai 25 Januari 2021 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula, pembayaran akan bermula awal Februari sehingga 1 April 2021 di lokasi yang bakal diumumkan akhir bulan ini.

Tengku Zafrul berkata semakan kelulusan BPN 2.0 boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 di portal rasmi BPN iaitu bpn.hasil.gov.my. – AlHijrah Onlin


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading