Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENJAJA DI WILAYAH PERSEKUTUAN BOLEH TERUS MENIAGA KETIKA DARURAT

DALAM NEGARA

PENJAJA DI WILAYAH PERSEKUTUAN BOLEH TERUS MENIAGA KETIKA DARURAT

KUALA LUMPUR: Para penjaja yang berniaga di sekitar Wilayah Persekutuan dibenarkan untuk meneruskan aktiviti perniagaan itu ketika tempoh darurat.

Bagaimanapun, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata mereka diminta untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memerangi COVID-19.

“Dalam tempoh darurat ini, penjaja di Wilayah Persekutuan boleh terus menjalankan perniagaan dan lesen terus diberi percuma.

“Cuma saya minta patuhi SOP dan arahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa. Kita bantu membantu dan bersama perangi COVID-19,” katanya menerusi ciapan Twitter rasminya hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan aktiviti perniagaan melibatkan penjaja kecil dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan waktu operasi dari 6 pagi hingga 8 malam. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading