Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Bayi 14 bulan, ibu sarat mengandung dibunuh Zionis

DUNIA

Bayi 14 bulan, ibu sarat mengandung dibunuh Zionis

Bayi Palestin, Saba Abu Arar jadi mangsa terbaru kekejaman Zionis.

SEMENANJUNG GAZA – Seorang bayi Palestin berusia 14 bulan dan ibunya yang sarat mengandung terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, kelmarin.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Saba Abu Arar dan ibunya Falastin Abu Arar, 37, mengalami kecederaan parah dalam serangan itu.

Tambah kementerian itu, kakak Saba yang identitinya masih belum diketahui turut cedera namun dilaporkan selamat.

Sinar Harian yang memetik laporan Maan News menyebutkan ketegangan di Genting Gaza memuncak selepas tentera Israel menembak mati empat penduduk Palestin yang menyertai protes besar-beasaran di sempadan Gaza-Israel, kelmarin.

Tentera Israel turut mencederakan 116 penunjuk perasaan termasuk 39 kanak-kanak dan empat wanita.

Susulan itu, pejuang Gaza membedil 250 roket ke arah Israel sebagai membalas serangan rejim Tel Aviv.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading