Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYI LELAKI CUKUP SIFAT DITEMUI DI BAWAH BANGKU

DALAM NEGARA

BAYI LELAKI CUKUP SIFAT DITEMUI DI BAWAH BANGKU

KUALA TERENGGANU : Seorang bayi lelaki yang cukup sifat ditemui di bawah sebuah bangku kayu di Perumahan Kondo Rakyat, Kuala Ibai di sini.

KUALA TERENGGANU : Seorang bayi lelaki yang cukup sifat ditemui di bawah sebuah bangku kayu di Perumahan Kondo Rakyat, Kuala Ibai di sini.

Bayi  berkenaan dijumpai seorang penduduk kira-kira jam 6.05 petang semalam selepas terdengar bunyi tangisan bayi berhampiran kediamannya.

Menurut Ahmad Fauzi Sulaiman, 28, sebelum itu dia menyangka tangisan berkenaan daripada rumah jiran bersebelahan rumahnya.

“Saya pergi ke dapur terdengar bayi menangis. Saya ingatkan rumah sebelah dan masuk semula sebelum mek (ibu) beritahu bunyi semakin kuat. Bila keluar, saya lihat ada bayi bawah kerusi hanya memakai lampin pakai buang saja dengan kain pelekat.

“Kemungkinan dia diletakkan atas kerusi namun terjatuh ke bawah sebab masa saya pergi dekat bayi itu kain pelekat berada di atas kerusi dan lipatannya terbuka ke bawah,” katanya.

Ahmad Fauzi percaya bayi yang masih bertali pusat itu telah dilahirkan dalam tempoh seminggu yang lalu berdasarkan keadaan tubuh bayi berkenaan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md. Din berkata, bayi berkenaan telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata siasatan lanjut berhubung insiden itu sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikuti Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Rohayu Yusoff ditalian 0199537637. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading