Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYI TERCAMPAK, IBU MAUT SELEPAS KERETA DIREMPUH DARI BELAKANG

DALAM NEGARA

BAYI TERCAMPAK, IBU MAUT SELEPAS KERETA DIREMPUH DARI BELAKANG

Seorang bayi terselamat selepas  tercampak keluar daripada kereta yang dirempuh kenderaan lain dari arah belakang di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di Kilometer 291.3, 8.10 pagi tadi.

Sumber Gambar: IPD Kampar

KAMPAR: Seorang bayi terselamat selepas  tercampak keluar daripada kereta yang dirempuh kenderaan lain dari arah belakang di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di Kilometer 291.3, 8.10 pagi tadi.

Bayi berusia dua tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal manakala ibunya, Norfadilah Ismail, 34 tahun maut di tempat duduk penumpang hadapan Perodua Myvi yang dipandu bapa kanak-kanak tersebut.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, kemalangan berlaku apabila Perodua Myvi dinaiki pasangan berkenaan dilanggar sebuah Perodua Myvi yang lain dinaiki empat anggota tentera berusia awal 20an.

“Kemalangan tersebut menyebabkan ibu bayi meninggal dunia, manakala semua mangsa termasuk bayi yang tercampak itu terselamat.” Jelasnya.

Mayat suri rumah itu dihantar ke Hospital Kampar untuk siasatan lanjut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading