Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BEBERAPA KAWASAN DI KUATAN BANJIR AKIBAT HUJAN LEBAT

DALAM NEGARA

BEBERAPA KAWASAN DI KUATAN BANJIR AKIBAT HUJAN LEBAT

KUANTAN :  Hujan lebat berterusan sejak semalam di Kuantan menyebabkan beberapa kawasan mula dinaiki air.

Berdasarkan info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan laporan jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang, setakat jam 4 petang tadi seramai 1,005 mangsa banjir membabitkan 261 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara  yang dibuka sejak 9 pagi hari ini.

PPS Dewan Dato Manan dekat Pandan, menempatkan paling ramai mangsa banjir setakat ini iaitu 395 orang daripada 102 keluarga, diikuti PPS Wisma Belia 351 orang daripada 100 keluarga.

PPS Dewan Orang Ramai Kampung Seri Mahkota menempatkan 205 mangsa daripada 47 keluarga dan Dewan Orang Ramai Sri Damai, 54 mangsa daripasa 12 keluarga.

Manakala tiga sungai di daerah ini masih mencatatkan paras bahaya iaitu Sungai Kuantan di Bukit Kenau 21.83 meter, Sungai Belat di Seri Damai 5.95 meter dan Sungai Keratong di Rompin 23.01 meter.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat dan gambar lama berkaitan banjir di daerah ini di media sosial. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading