Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BELANJAWAN 2026 AKAN DISESUAIKAN DENGAN KEUTAMAAN EKONOMI NEGERI – PM ANWAR

DALAM NEGARA

BELANJAWAN 2026 AKAN DISESUAIKAN DENGAN KEUTAMAAN EKONOMI NEGERI – PM ANWAR

Penyediaan Belanjawan Negara 2026 akan disesuaikan dengan keutamaan ekonomi setiap negeri dan bukan hanya ditentukan di peringkat kementerian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber: BERNAMA

MELAKA: Penyediaan Belanjawan Negara 2026 akan disesuaikan dengan keutamaan ekonomi setiap negeri dan bukan hanya ditentukan di peringkat kementerian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pendekatan itu penting, bagi memastikan pertumbuhan ekonomi berjalan lancar tanpa mengabaikan keperluan rakyat terutama dalam menangani kos sara hidup.

“Setiap negeri ada kekuatan tersendiri. Seperti di Melaka, tumpuan diberikan kepada sektor pelancongan dan pembuatan, kerana prestasi negeri ini sangat memberangsangkan,” kata beliau pada sesi libat urus Belanjawan 2026 bersama Pemain Industri Pelancongan dan Pembuatan bersama Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di Banda Hilir, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan Datuk Zamzuri Abdul Aziz.

Perdana Menteri berkata keresahan rakyat akibat kos sara hidup perlu diambil kira, kerana terdapat jurang antara golongan elit dan bawahan.

“Kerana itu pengukuhan ekonomi itu tidak boleh diiktiraf dengan teori ekonomi tradisional, tetapi perlu dikaitkan dengan keperluan dan kebijaksanaan, bagi memastikan masyarakat kita dapat berkembang dan jalan yang diambil adalah munasabah, ringan dan tidak membebankan rakyat,” kata beliau.

Terdahulu sesi libat urus tersebut disertai kira-kira 150 pemain industri pelancongan dan pembuatan selain agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading