Tan Sri Harussani Zakaria dan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
SHAH ALAM – Peraturan baharu menetapkan pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) tidak daftar untuk menunaikan haji kali kedua disifatkan sebagai adil kepada bakal jemaah haji yang lain.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, pendeposit yang belum
pernah menunaikan ibadah haji masih terikat dengan kewajipan mereka
untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.
“Berbanding dengan mereka yang sudah menunaikan haji, tidak lagi wajib bagi mereka untuk berbuat demikian. Justeru perlu beri peluang kepada yang belum pernah pergi haji, kerana setiap Muslim wajib melakukan ibadah untuk sekali dalam hidup mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
Memetik temu bual eksklusif Berita Harian bersama Pengarah Urusan
Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat, TH
menetapkan pendeposit yang sudah menunaikan haji, tidak lagi dibenar
mendaftar semula dengan institusi pengurusan dana haji itu untuk
mengerjakan ibadat berkenaan buat kali kedua.
Berdasarkan amalan
yang dilakukan sebelum ini, pendeposit yang sudah menunaikan haji, boleh
mendaftar semula selepas lima tahun untuk senarai menunggu.
Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan peraturan itu memberi keadilan kepada pendeposit lain yang sedang menunggu giliran untuk menunaikan haji buat kali pertama.
“Memang bagus kerana memberi peluang lebih ramai pendeposit boleh pergi menunaikan haji pertama mereka. Namun perkara itu masih perlu diteliti pihak pengurusan TH secara menyeluruh bagi mengelak TH mengalami kerugian,” katanya.
Jelasnya, TH telah menyediakan dua kaedah bagi membolehkan umat Islam
di negara ini untuk menunaikan haji iaitu menerusi TH Muasasah dan TH
Travel khusus untuk jemaah yang berkemampuan dari segi kewangan.
“TH Muasasah ini untuk yang tunaikan haji kali pertama dan jemaah diberi subsidi berdasarkan sistem giliran yang diguna pakai sehingga hari ini, manakala TH Travel pula memberi peluang pendeposit yang mampu untuk tunai haji kali kedua atau seterusnya.
“Jadi yang orang pergi dua tiga kali (haji), mereka guna kuota yang diberikan di bawah TH Travel. Dengan bayaran mahal antara RM50,000 sehingga RM100,000, maka yang berkemampuan boleh memilih TH Travel.
“TH Travel yang membawa keuntungan kepada TH, kerana yang muasasah, kos haji bagi seorang yang perlu dibayar RM10,000, subsidi ditanggung TH ialah RM12,000, jumlah keseluruhan kos haji RM22,000 seorang. Maka jumlah subsidi lebih besar daripada pendeposit bayar untuk pergi haji,” katanya.
Sehubungan itu, katanya TH perlu mengambil kira jemaah yang mempunyai kemampuan bagi tujuan tersebut sekali gus dapat membantu institusi itu meningkatkan pendapatan. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests