BERNIAGA ELOK-ELOK, JANGAN SOMBONG DENGAN PELANGGAN, TITAH SULTAN IBRAHIM
“Kalau berniaga, berniaga elok-elok, ikhlas. Jangan kita sombong dengan tetamu atau pelanggan,” itu pesanan ringkas Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada Kamisah Ali, pengusaha Pisang Goreng Mawar di Johor Bahru.
Peniaga Kamisah Ali, menunjukkan “Pisang Goreng Diraja”, yang menjadi pilihan utama Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semasa ditemui Bernama di gerai Pisang Goreng Mawar di Jalan Sri Gelam, baru-baru ini. –fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU: “Kalau berniaga, berniaga elok-elok, ikhlas. Jangan kita sombong dengan tetamu atau pelanggan,” itu pesanan ringkas Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada Kamisah Ali, pengusaha Pisang Goreng Mawar di sini.
Kamisah, 62, berkata titah yang disampaikan ketika dipanggil menghadap Seri Paduka Baginda ke Istana Pasir Pelangi atas urusan rasmi pada 2016 itu, kekal menjadi prinsip utamanya dalam menjalankan perniagaan pisang goreng di Jalan Sri Gelam sejak 2000.
Dalam pertemuan singkat, namun penuh bermakna itu, Kamisah berkata Sultan Ibrahim turut berpesan agar dia kekal berniaga di lokasi sedia ada, yang dahulunya dikurniakan oleh ayahanda Seri Paduka Baginda, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.
Kamisah berkata hal ini kerana sejarah perniagaan Pisang Goreng Mawar bermula daripada Almarhum Sultan Iskandar sendiri yang ketika itu sungguh menggemari rasa dan tekstur pisang goreng jualannya.
“Sebelum berniaga di Sri Gelam, saya berniaga di tepi Jalan Kolam Ayer yang menjadi laluan Almarhum Sultan Iskandar untuk keluar dan masuk istana. Ada suatu masa itu pada bulan Ramadan, saya tidak berniaga dan Almarhum Tuanku tercari-cari. Yang tidak sangkanya, Almarhum Tuanku menyuruh escort (pasukan pengiring) istana mencari kami di rumah kerana telah berkenan (suka) dengan pisang goreng ini.
“Setelah peristiwa itu, Almarhum Tuanku juga berkenan mengurniakan tapak gerai (di Sri Gelam) dan sebuah pondok untuk saya berniaga agar keadaan kami lebih selesa dan saya ingat selepas kemangkatan Almarhum Tuanku, saya tidak boleh lagi berniaga di sini, namun Sultan Ibrahim meneruskan legasi ayahandanya dan tetap menjaga kami di sini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.
Tidak hanya itu, Kamisah berkata pada 2021, Seri Paduka Baginda turut berkenan membantu menaik taraf kemudahan pondok perniagaannya agar lebih ramai pelanggan dapat menikmati juadah itu dalam keadaan yang selesa selepas negara dilanda pandemik COVID-19 ketika itu.
Selain itu, jika mempunyai tetamu undangan di istana, Sultan Ibrahim juga sering menempah pisang goreng dari gerainya untuk santapan Seri Paduka Baginda bersama-sama tetamu sehingga mendapat julukan “Pisang Goreng Diraja” oleh penduduk setempat.
“Sultan Ibrahim ini sifatnya seperti ayahanda Seri Paduka Baginda, berjiwa rakyat. Apabila kami nampak Seri Paduka Baginda berangkat (melalui kawasan gerai), kami akan melambai-lambai ke arah Sultan Ibrahim. Rasa sedih juga apabila Sultan Ibrahim berangkat ke Kuala Lumpur (Istana Negara) untuk menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong.
” … kerana jasa Sultan Ibrahim dan Almarhum Sultan Iskandar, rezeki saya melimpah-ruah, malah kini sudah dapat mengembangkan perniagaan ke Singapura,” katanya yang menggunakan pelbagai jenis pisang seperti pisang nangka, nipah dan raja, serta ramuan tepung istimewa untuk menjadikan juadahnya lazat dan rangup.
Uniknya, pisang goreng Mawar juga perlu dicicah dengan sambal kicap yang sinonim dengan negeri Johor, bagi memberikan pengalaman rasa yang berbeza, sekali gus menjadikan ia makanan yang wajib dicuba oleh pelancong dari dalam dan luar negara setiap kali mereka berkunjung ke negeri di selatan Semenanjung ini.
Sultan Ibrahim bersemayam di Istana Negara bermula 31 Jan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager