Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RAZARUDIN MINTA KETUA POLIS DAERAH PANTAU PEGAWAI, ANGGOTA POLIS ‘HIDUP MEWAH’

DALAM NEGARA

RAZARUDIN MINTA KETUA POLIS DAERAH PANTAU PEGAWAI, ANGGOTA POLIS ‘HIDUP MEWAH’

“Pihak KPD yang tidak tahu, atau buat-buat tak tahu ada pegawai atau anggota polis hidup mewah tidak setara dengan jawatan dan gaji, maka mereka diminta keluar (meninggalkan perkhidmatan polis).”

Tan Sri Razarudin Husain — fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Semua Ketua Polis Daerah (KPD) diminta memantau setiap aktiviti pegawai dan anggota polis di peringkat bawah serta pentadbiran masing-masing, jika ada antara mereka yang hidup mewah tidak setara dengan jawatan dan gaji, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata KPD akan dipertanggungjawabkan sekiranya pihak Ibu pejabat polis Bukit Aman mengesan ada pegawai atau anggota di bawah mereka yang hidup mewah, tidak setara dengan pendapatan.

“Pihak KPD yang tidak tahu, atau buat-buat tak tahu ada pegawai atau anggota polis hidup mewah tidak setara dengan jawatan dan gaji, maka mereka diminta keluar (meninggalkan perkhidmatan polis).

“Mereka ini tidak layak menjadi KPD, tidak ada standard menjadi commanding post jika mereka terlibat dan bersekongkol dengan pegawai atau anggota polis yang hidup mewah (terima rasuah dan lain-lain),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa memberikan Amanat Ketua Polis Negara sempena perjumpaan khas bersama kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ketua Polis Daerah Semenanjung Malaysia di Maktab PDRM Cheras, di sini, malam tadi.

Razarudin mengaku bahawa penyelia memainkan peranan penting dalam memantau setiap aktiviti pegawai dan anggota bawahan bagi mengelak salah laku.

“Janganlah KPD duduk di kerusi empuk dan menunggu Ketua Bahagian Jenayah hantar duit dan lain-lain, saya minta mereka yang terlibat berambus,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading