BINTANG BOLA SEPAK MUSLIM, KARIM BENZEMA MENANG BALLON D’OR

Sumber Internet

KUALA LUMPUR: Penyerang bola sepak Muslim warga Perancis, Karim Benzema memenangi Ballon d’Or dalam satu majlis di Paris pada Isnin, selepas menunjukkan persembahan menakjubkan dalam membantu Real Madrid memenangi Champions League dan La Liga musim lalu.

Benzema merupakan pemain Perancis pertama bagi anugerah individu paling berprestij dalam bola sepak sejak Zinedine Zidane pada 1998, menjaringkan 44 gol dalam 46 perlawanan untuk kelabnya termasuk 15 dalam Champions League.

Beliau juga memenangi UEFA Nations League bersama Perancis musim lalu sekali gus mengenepikan bintang Bayern Munich dari Senegal, Sadio Mane ke tempat kedua.

Kevin De Bruyne dari Manchester City dan Belgium berada di tempat ketiga, dengan bintang Barcelona dan Poland, Robert Lewandowski di tempat keempat.

Benzema ialah pemenang tertua Ballon d’Or sejak pemenang pertama, Stanley Matthews pada 1956.-AlHijrah Online

Leave a Reply