Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA TEMPATAN JADI PENGINTIP MOSSAD DI MALAYSIA?

DALAM NEGARA

WANITA TEMPATAN JADI PENGINTIP MOSSAD DI MALAYSIA?

Difahamkan wanita tersebut telah dilatih sebagai penyiasat persendirian sebelum direkrut oleh ejen Mossad, sebelum 2018.

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Rangkaian Agensi Perkhidmatan Rahsia Israel atau Mossad di Malaysia dipercayai seorang wanita warga tempatan berusia pertengahan 30-an.

Memetik laporan New Straits Times, difahamkan wanita tersebut telah dilatih sebagai penyiasat persendirian sebelum direkrut oleh ejen Mossad, sebelum 2018.

Ia merupakan tahun yang sama ejen Mossad menembak mati pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), Dr Fadi Mohammad Al-Batsh yang merupakan warga Palestin.

Laporan tersebut memaklumkan wanita warganegara Malaysia itu telah dihantar bagi menjalani latihan di luar negara termasuk Eropah bagi menguasai seni pengintipan.

Wanita itu juga telah dibayar kira-kira RM120,000 bagi tujuan tersebut.

Difahamkan juga wanita tersebut terlibat dalam kes penculikan lelaki warga Palestin di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebelum ini, sebelas individu termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: PALESTIN UCAP TERIMA KASIH KEPADA PIHAK BERKUASA MALAYSIA SELAMATKAN RAKYATNYA YANG DICULIK – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading