Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BOT TERBALIK: MAYAT PASANGAN SUAMI ISTERI DITEMUKAN PAGI TADI 

DALAM NEGARA

BOT TERBALIK: MAYAT PASANGAN SUAMI ISTERI DITEMUKAN PAGI TADI 

Pasangan suami isteri terlibat dalam kejadian bot terbalik di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang pada Jumaat, ditemukan lemas pada 7.45 pagi tadi.

Sumber Gambar: Media Sosial

SHAH ALAM: Pasangan suami isteri terlibat dalam kejadian bot terbalik di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang pada Jumaat, ditemukan lemas pada 7.45 pagi tadi.

Pegawai Operasi Unit Penguatkuasaan dan Eksais Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor Leftenan Maritim Mohd Syafiq Sazali berkata mayat Gan Hon Tat, 32, dan Careen Man, 29, ditemukan di kedudukan 0.1 batu nautika dari Pusat Hidrografi Nasional, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.

“Mangsa ditemukan terapung oleh Kapal Maritim DANGA (KM DANGA) sebelum pihak bomba membantu membawa mayat ke Jeti Maritim Negeri Selangor.

“Mayat tiba di jeti pada 8.50 pagi dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pasangan suami isteri berasal dari Klang Utama itu antara enam individu terbabit dalam kejadian bot terbalik pada kira-kira 5 petang, Jumaat.

Insiden itu menyebabkan tiga termasuk seorang kanak-kanak maut, manakala seorang remaja selamat.— AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading