Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PM ARAH PDRM SEMAK LARANGAN KE LUAR NEGARA TERHADAP FAHMI REZA

DALAM NEGARA

PM ARAH PDRM SEMAK LARANGAN KE LUAR NEGARA TERHADAP FAHMI REZA

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay untuk menyemak isu larangan ke luar negara yang dikenakan terhadap aktivis dan pereka grafik Fahmi Reza.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay untuk menyemak isu larangan ke luar negara yang dikenakan terhadap aktivis dan pereka grafik Fahmi Reza.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kerajaan MADANI menjunjung tinggi kebebasan individu selagi tidak menjejaskan keselamatan negara atau melanggar undang-undang sedia ada.

“Oleh itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memberikan penjelasan lanjut mengenai perkara ini.

“Pejabat Perdana Menteri akan terus memantau perkembangan ini dengan sewajarnya,” menurut kenyataan itu.

Media semalam melaporkan Fahmi dilarang ke luar negara selepas larangan sama turut dikeluarkan kepada beliau ke Sabah minggu lepas. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading