Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BRITAIN KEMUKA USUL UNTUK HARAMKAN HAMAS

DUNIA

BRITAIN KEMUKA USUL UNTUK HARAMKAN HAMAS

LONDON: Menteri Dalam Negeri Britain, Priti Patel, mahu mengemukakan usul ke parlimen negara itu minggu hadapan untuk mengharamkan Hamas yang disifatkannya sebagai pertubuhan pengganas.

Katanya, gerakan itu mempunyai kemudahan mengakses senjata serta merekrut militan dan ia akan diharamkan di bawah Akta Keganasan 2000.

Di bawah akta itu, mana-mana pihak yang menyokong pergerakan berkenaan, atau terlibat secara langsung ataupun mengibarkan bendera Hamas sekalipun bakal berdepan tindakan undang-undang.

Penjara 14 tahun bakal dikenakan kepada penyokong Hamas, jika usul itu diluluskan Parlimen Britain minggu hadapan dan ia akan berkuatkuasa pada minggu berikutnya.

Patel turut memberi alasan sukar untuk membezakan Hamas sebagai parti sayap politik atau kumpulan ketenteraan .

Dalam pada itu, jurucakap Hamas, Hazem Qassem berkata, tindakan Britain itu nyata berat sebelah dan tidak pernah mengambil kisah mengenai penjajahan Israel ke atas Palestin.

“Keputusan itu (pengharaman Hamas) hanya akan membiarkan penjajahan berterusan dan menggalakkan lagi jenayah Israel ke atas Palestin. Tindakan itu juga akan terus menafikan hak rakyat Palestin,” katanya.

Keputusan itu juga katanya akan membiarkan rejim terus berani menindas rakyat negara Palestin.

Katanya, jika ia benar-benar diluluskan, ia adalah satu kesilapan politik dan menyalahi undang-undang antarabangsa.

Sebelum ini, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah sudah mengambil pendekatan mengharamkan gerakan Hamas. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading