BUANG AL-QURAN : POLIS SELESAI AMBIL KETERANGAN 14 INDIVDU
Seramai 14 individu termasuk tiga penerbit dan tiga pencetak telah pun selesai memberi keterangan untuk membantu siasatan berhubung penemuan 13 naskhah al-Quran dipercayai sengaja dibuang ke dalam longkang berhampiran tasik lombong di Jinjang bulan lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim (kanan) berucap ketika merasmikan Program High Profile Policing di Taman Tasik Esplanade Suria KLCC hari ini. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 14 individu termasuk tiga penerbit dan tiga pencetak telah pun selesai memberi keterangan untuk membantu siasatan berhubung penemuan 13 naskhah al-Quran dipercayai sengaja dibuang ke dalam longkang berhampiran tasik lombong di Jinjang, di sini, bulan lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata polis kini masih dalam proses melengkapkan siasatan kes berkenaan dan sedang berusaha mengesan pihak yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
“Kami masih belum dapat punca sebenar al-Quran ini dari mana dan polis masih berusaha mengesan serta mengenal pasti pihak yang terlibat dengan pembuangan al-Quran secara tidak berhemah itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan pembuangan al-Quran di dalam longkang selepas hadir pada program High Profile Policing sempena Peringatan Hari Polis yang ke-216 di KLCC, di sini hari ini.
Sebelum ini, satu video tular di laman sosial yang memaparkan seorang individu mengutip beberapa naskhah al-Quran, dipercayai dibuang pihak tidak bertanggungjawab di dalam longkang berhampiran lombong Taman Sri Murni di Gombak sehingga menimbulkan perasaan marah dalam kalangan umat Islam di negara ini.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan al-Quran dengan tujuan mengaibkan agama dan Seksyen 298 A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan mudarat keharmonian atas agama.
Sementara itu, beliau sekali lagi turut menegaskan amaran yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani Jumaat lepas, bahawa polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang membangkitkan isu perkauman.
“Polis tidak akan membiarkan ibu kota warga Kuala Lumpur dan Putrajaya diganggu-gugat keselamatan serta ketenteramannya susulan sentimen perkauman.
“Saya tidak kompromi dengan isu ini (sentimen perkauman) maka saya harap masyarakat dapat menyokong dengan apa yang polis sasarkan iaitu menjaga ketenteraman keharmonian ibu kota ini,” katanya.
Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan terdapat usaha pihak tertentu meniupkan sentimen kaum dan agama, dan telah mengarahkan pasukan keselamatan untuk berwaspada bagi menjaga keamanan negara agar ia tidak digunakan untuk menimbulkan kekacauan.
Susulan itu, Acryl Sani memberi jaminan bahawa tahap keselamatan negara terkawal serta menzahirkan komitmen dalam memastikan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan secara berterusan, demi memastikan keselamatan kekal terjamin. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager