BULI PELATIH TUDM: POLIS AMBIL LEBIH 10 KETERANGAN
Polis merekodkan lebih 10 keterangan dalam siasatan berhubung dakwaan buli melibatkan pelatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Kuantan di sini, baru-baru ini.
KUANTAN: Polis merekodkan lebih 10 keterangan dalam siasatan berhubung dakwaan buli melibatkan pelatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Kuantan di sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata ia termasuk lima pelatih yang mendakwa menjadi mangsa, selain enam pelatih yang didakwa melakukan perbuatan itu.
“Mereka dipanggil memberi keterangan sebaik sahaja pihak kami menerima laporan. Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan siasatan masih berjalan dengan semua pihak termasuk TUDM memberikan kerjasama yang baik.
“Kami sedang mengumpulkan sebanyak mana saksi termasuk penyelia pelatih terlibat untuk melengkapkan siasatan, sebelum kes dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Khas Sempena Pertukaran Ketua Polis Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.
Ramli yang menerajui polis Pahang sejak Jun 2021 dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JKSK) Bukit Aman mulai bulan ini dan tempat beliau diisi Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman.
Sebelum ini, Ramli mengesahkan pihaknya menerima laporan empat lagi pelatih mendakwa turut menjadi mangsa buli di pangkalan udara itu selepas seorang bapa membuat laporan polis mendakwa anaknya dibuli di situ.
Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan dengan sengaja.
Sementara itu dalam ucapannya, Ramli mengingatkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang untuk terus meningkatkan ilmu pengetahuan termasuk dalam kecerdasan buatan (AI) serta kemahiran teknikal dan kemahiran insani (soft skill) seperti komunikasi, untuk menempa kejayaan lebih baik.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan Sijil Penghargaan Ketua Polis Pahang kepada 43 warga kontinjen tersebut serta tujuh orang awam.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked