Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CAJ 10 SEN GUNA KOD QR, PENIAGA KEDAI MAKAN DIKOMPAUN

DALAM NEGARA

CAJ 10 SEN GUNA KOD QR, PENIAGA KEDAI MAKAN DIKOMPAUN

Alasan yang diberikan peniaga itu adalah kerana terpaksa menanggung caj perkhidmatan oleh pihak perbankan, namun semakan yang dilakukan mendapati ia tidak benar, termasuk tiada notis pemakluman daripada pihak penyedia perkhidmatan transaksi tersebut. 

MELAKA: Sebuah gerai menjual makanan dikompaun RM200 selepas diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka apabila didakwa mengenakan caj tambahan sebanyak satu peratus bagi setiap transaksi penggunaan Kod Respons Pantas (Kod QR). 

Pengarah KPDN Melaka Norena Jaafar berkata serbuan di Medan Selera Jalan Tun Ali, Kampung Morten tersebut dibuat berdasarkan aduan yang diterima daripada pengguna selepas mendapati menu sarapan yang dibeli mereka dikenakan caj tambahan 10 sen bagi makanan dan minuman yang berharga RM3.70. 

Beliau berkata pelanggan itu terpaksa membayar RM3.80 setelah membuat pembayaran menggunakan platform pembayaran itu dan seterusnya satu aduan kepada KPDN Melaka dilakukan. 

“Alasan yang diberikan peniaga itu adalah kerana terpaksa menanggung caj perkhidmatan oleh pihak perbankan, namun semakan yang dilakukan mendapati ia tidak benar, termasuk tiada notis pemakluman daripada pihak penyedia perkhidmatan transaksi tersebut. 

“Peniaga tersebut dikenakan kompaun RM200 kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dan dalam masa yang sama, satu kertas siasatan akan dibuka bagi tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, Norena berkata walaupun kes tersebut adalah yang pertama di Melaka dan diambil tindakan, namun perkara tersebut telah dikesan sejak awal tahun ini, yang sekali gus menunjukkan kenaikan harga adalah bukan disebabkan isu kenaikan harga diesel. 

“Kita nasihatkan kepada pengguna yang menggunakan kaedah transaksi perbankan dalam talian ini agar sentiasa cakna dengan menyemak resit dan harga yang dicaj oleh penjual. Ini kerana ramai yang tidak perasan mereka dikenakan caj tambahan  dan peniaga pula hanya memberitahu sekiranya ditanya,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading