CALON PRU15 DUN JELAPANG DIDAKWA ATAS 77 TUDUHAN MENIPU
Calon yang hanya meraih 1,443 undi pada PRU-15 itu didakwa memperdaya empat mangsa antara 2021 dan 2022 dengan menawarkan mangsa membeli sebidang tanah di mukim Pokok Assam dan sebuah rumah dengan niat curang mendorong mangsa supaya memasukkan wang ke dalam akaunnya.
Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelapang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Hamidah Muhamad, 47, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas 77 pertuduhan menipu berhubung tawaran pembelian tanah dan rumah yang tidak wujud melibatkan kerugian RM350,000. — fotoBERNAMA
TAIPING: Seorang calon wanita Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelapang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 77 pertuduhan menipu berhubung tawaran pembelian tanah dan rumah yang tidak wujud melibatkan kerugian RM350,000.
Hamidah Muhamad, 47, membuat pengakuan itu di dua mahkamah iaitu 38 pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret R. Prabakaran manakala 39 pertuduhan didengar di hadapan Majistret Nur Atiqah Sapari.
Suri rumah itu didakwa memperdaya empat mangsa antara 2021 dan 2022 dengan menawarkan mangsa membeli sebidang tanah di mukim Pokok Assam dan sebuah rumah dengan niat curang mendorong mangsa supaya memasukkan wang ke dalam akaunnya yang mangsa tidak akan memasukkan wang itu jika tidak diperdaya oleh tertuduh.
Hamidah didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp Khoo Kian Peng dan Timbalan Pendakwa Raya Nur Amalina Harun manakala Hamidah diwakili peguam S. Singaradivel.
Khoo berkata tertuduh tidak dicadang ditawarkan sebarang jaminan kerana kerugian bagi kesemua 38 kes itu mencecah kira-kira RM200,000 manakala bagi 39 pertuduhan lagi yang dikendalikan Nur Amalina, beliau juga tidak mencadangkan Hamidah ditawarkan sebarang jaminan kerana melibatkan kerugian RM150,000.
Singaradivel bagaimanapun memohon anak guamnya diikat jamin atas alasan masalah kesihatan termasuk menghidap kanser otak dan tulang belakang serta perlu menelan 32 biji pil sehari bagi rawatan penyakitnya.
Bagaimanapun Prabakaran menetapkan jaminan RM12,000 secara kolektif dengan dua penjamin bagi 38 pertuduhan manakala Nur Atiqah juga menetapkan jumlah yang sama dengan syarat tambahan iaitu pasport tertuduh mesti diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Kedua-dua mahkamah menetapkan 31 Julai bagi sebutan semula kes berkenaan.
Pada PRU15, Hamidah dari parti Makkal Sakti ketika itu mewakili BN menentang Cheah Pou Hian dari Pakatan Harapan (DAP) dan S. Navinten dari Perikatan Nasional (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru di DUN Jelapang.
Cheah menang dengan 21,554 undi manakala Hamidah hanya meraih 1,443 undi. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.