Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CIAPAN BERKAITAN UEC DISEBARKAN AKAUN PALSU

DALAM NEGARA

CIAPAN BERKAITAN UEC DISEBARKAN AKAUN PALSU

Ciapan berkaitan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) akan dibincangkan diperingkat kementerian dibuat oleh akaun palsu yang menggunakan gambar dan nama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Ciapan berkaitan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) akan dibincangkan diperingkat kementerian dibuat oleh akaun palsu yang menggunakan gambar dan nama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) susulan tular satu ciapan yang bertajuk ‘Pengiktirafan UEC akan di bincangkan di peringkat Kementerian dan usul ini akan diluluskan kelak oleh Kerajaan Perpaduan selaras dengan manifesto Pakatan Harapan’.

“Maklumat melalui akaun media sosial tersebut adalah palsu.

“Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu,” kata hantaran di Facebook hari ini.

Selain itu JPM turut menasihati orang ramai untuk merujuk akaun rasmi perdana menteri untuk berita sahih. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading