Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: 23 DIDAKWA, 207 KERTAS SIASATAN BERITA PALSU DIBUKA

DALAM NEGARA

COVID-19: 23 DIDAKWA, 207 KERTAS SIASATAN BERITA PALSU DIBUKA

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuka 207 kertas siasatan berkaitan berita palsu COVID-19 sehingga 10 April lalu.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 23 kes telah didakwa di mahkamah.

Beliau berkata masih ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu, misalnya berita palsu video rempuhan di sempadan negara yang tular semalam.

Katanya, video itu menggambarkan kononnya berlaku rempuhan warga negara Malaysia yang pulang dari Singapura di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor.

“Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menafikan dan menjelaskan rakaman video itu adalah suasana latihan pencegahan kebakaran di BSI yang dilaksana pada 18 Disember 2019,” katanya dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disiarkan stesen TV tempatan di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata kerajaan memandang serius perbuatan menularkan video seperti itu yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan orang ramai.

Katanya, JIM Johor membuat laporan polis dan PDRM serta KMM akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading