KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan bermula 15 hingga 28 April ini bagi membendung sepenuhnya penularan wabak COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri dalam Perutusan Khas COVID-19 yang disiarkan stesen televisyen tempatan di sini hari ini.
Keputusan itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pakar kesihatan selain sejajar saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya negara tidak terlalu awal menamatkan perintah kawalan pergerakan.
Muhyiddin juga memberi bayangan bahawa sesi persekolahan akan ditangguhkan untuk jangka waktu lama dan digantikan dengan home-based learning.
“Dengan usaha-usaha yang telah dibuat, kes-kes positif COVID-19 adalah terkawal pada kadar 7 peratus, iaitu di bawah benchmark 10 peratus yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO.
“Kadar kematian akibat wabak ini juga adalah rendah, iaitu 1.6 peratus berbanding 5.8 peratus kadar kematian di peringkat dunia.
“Setakat ini seramai 1,830 orang pesakit telah keluar dari hospital. Ini bermakna 43 peratus pesakit COVID-19 telah pulih. Hari ini sahaja jumlah pesakit yang pulih ialah seramai 220 orang, melebihi jumlah kes positif baharu iaitu sebanyak 118 kes. Jumlah kes positif baharu juga telah menunjukkan penurunan sejak beberapa hari yang lalu.
“Jika trend penurunan ini berterusan untuk tempoh dua minggu akan datang, insyaAllah kita akan dapat mengawal wabak COVID-19 ini daripada menular.
“Namun begitu, kita tidak boleh mengambil mudah situasi yang sedang berlaku. Penularan wabak ini masih di peringkat pertengahan dan memerlukan tindakan pencegahan serta kawalan yang berterusan.
“Malahan, usaha-usaha mencegah wabak ini mesti diperhebatkan lagi bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan. Ini termasuk memberi tumpuan khusus kepada kumpulan-kumpulan sasar yang dikenalpasti menjadi punca penularan wabak ini.
“Sehubungan itu, berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar perubatan, kerajaan hari ini memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu dari 15 April hingga 28 April 2020.
“Pelanjutan tempoh ini dibuat untuk memberi ruang kepada petugas-petugas kesihatan memerangi penularan COVID-19, selain mengelakkan penularan semula wabak ini dalam masyarakat,” kata Perdana Menteri.
Perdana Menteri turut meminta rakyat bersedia dengan kemungkinan tempoh kawalan pergerakan yang lama sehingga beberapa bulan sebelum wabak COVID-19 dihapuskan sepenuhnya.
“Itupun kehidupan kita mungkin tidak boleh kembali seperti sediakala. Selagi virus ini masih ada, amalan penjarakan sosial mesti diteruskan.
“Kita mesti sentiasa menjaga kebersihan diri. Elakkan sebarang perhimpunan. Hindari tempat yang sesak.
“Bulan Ramadan akan menjelang tiba tidak lama lagi. Kita tidak boleh ke bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa, tidak boleh ke masjid untuk berterawih. Jadi berterawih lah di rumah bersama keluarga. Mungkin juga kita tidak boleh balik ke kampung seperti biasa.
“Walaupun sukar untuk kita bayangkan perkara ini tetapi inilah kenyataan yang akan kita hadapi,” kata Muhyiddin.
Perdana Menteri menegaskan adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan semua rakyat Malaysia selamat.
“Sebagai Perdana Menteri, saya bertanggungjawab menjaga keselamatan nyawa saudara-saudari. Setiap nyawa adalah berharga.
“Baik bayi, orang muda, orang dewasa atau warga emas, semuanya bernilai. Kehilangan satu nyawa kerana virus ini bukan bererti kehilangan kepada suami, isteri, anak-anak atau keluarga terdekat sahaja, tetapi juga satu kehilangan besar buat negara.
“Kerana itu, marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan diri kita, keluarga kita dan orang-orang di sekeliling kita dengan mematuhi perintah kawalan pergerakan.
“Let me remind you that the war on COVID-19 is not yet over. The fight is still on. We are doing well so far, so just uplift your spirit and continue to fight. If we persevere, insyaAllah we will win,” kata Muhyiddin yang menyebut slogan “kita jaga kita” berulang kali.
Mengulas mengenai ekonomi negara yang terjejas akibat sekatan sepanjang tempoh PKP, Muhyiddin berkata kerajaan bersetuju membuka semula beberapa sektor ekonomi terpilih secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat.
“Sebuah jawatankuasa khas kabinet yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Menteri Kanan Pertahanan diwujudkan untuk meneliti senarai sektor-sektor ekonomi yang terpilih untuk dibuka secara berperingkat.
“Saya ingin tegaskan bahawa pembukaan beberapa sektor yang terhad ini bukan bermaksud kita melonggarkan perintah kawalan pergerakan.
“Perintah ini masih berkuatkuasa dan semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mestilah dipatuhi. Jika terdapat pengusaha, kilang atau syarikat yang melanggar peraturan, kerajaan akan menarik balik kebenaran yang diberikan,” kata Muhyiddin menjelaskan senarai sektor terpilih akan diumumkan dalam masa terdekat.
Muhyiddin berkata beliau mengarahkan pihak berwajib untuk memperketatkan kawalan di sempadan bagi mengekang pendatang asing bolos, sekaligus mengekang penularan COVID-19. — AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.