Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEBENARAN OPERASI KEDAI GUNTING RAMBUT DITELITI SEMULA – ISMAIL SABRI

DALAM NEGARA

KEBENARAN OPERASI KEDAI GUNTING RAMBUT DITELITI SEMULA – ISMAIL SABRI

KUALA LUMPUR: Kebenaran operasi kedai gunting rambut akan diteliti semula selepas mengambilkira reaksi rakyat terhadap isu itu, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) akan melihat semula kebenaran operasi bagi perkhidmatan gunting rambut.

“Semalam macam-macam berita keluar di media sosial berbincang perkara ini. InshaAllah saya percaya MITI akan meneliti semua pandangan rakyat dan akan memperhalusi perkara ini,” kata Ismail Sabri pada Sidang Media Harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya yang disiarkan stesen TV tempatan hari ini.

Semalam, Kerajaan mengumumkan kebenaran beroperasi bagi beberapa sektor perniagaan dan perkhidmatan untuk melindungi ekonomi negara pasca Covid-19.

Antara yang diberi kebenaran beroperasi industri automotif, projek pembinaan, perkhidmatan dobi dan perkhidmatan gunting rambut.

Bagaimanapun, kebenaran operasi kedai gunting rambut mengundang pelbagai reaksi orang ramai termasuk kebimbangan penularan Covid-19. — AlHijrah Online/Zaim Zamani


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading