Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: 333 KES SEMBUH, REKOD TERTINGGI SEJAK PKP

DALAM NEGARA

COVID-19: 333 KES SEMBUH, REKOD TERTINGGI SEJAK PKP

KUALA LUMPUR: Sebanyak 333 kes sembuh Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan ia angka sembuh tertinggi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kes baharu positif COVID-19 di Malaysia pula berkurangan setakat jam 12 tengah hari tadi, dengan hanya 11 kes direkodkan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, daripada 11 kes yang dilaporkan hanya satu kes import diterima membabitkan seorang rakyat Malaysia, manakala baki 10 merupakan penularan tempatan dengan empat daripadanya adalah warganegara dan enam lagi bukan warga negara.

Tiada kematian dilaporkan pada tempoh sama, dengan bilangan kumulatif yang meninggal dunia kekal 121 orang.

Setakat ini Malaysia telah merekodkan 8,505 kes positif COVID-19, manakala kes sembuh dan discaj dari hospital berjumlah 7,733 kes.

Empat pesakit masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), namun tiada yang memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada sidang media dibuat hari ini memandangkan KKM telah membuat ketetapan bahawa ia akan dibuat tiga hari sahaja seminggu, iaitu pada Isnin, Rabu dan Jumaat.

Bagaimanapun KKM akan mengeluarkan kenyataan media setiap hari bagi berkongsi perkembangan harian wabak COVID-19 di tanah air. – AlHijrah Online / Ardi Herman Mohd Mardzi


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading