Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN ‘SUNYI’

DALAM NEGARA

MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN ‘SUNYI’

KUALA LUMPUR: Jumlah kehadiran jemaah ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, kurang memberangsangkan meskipun kebenaran solat berjemaah dengan had kapasiti 1/3 dewan solat telah diumumkan kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, menyeru agar umar Islam dapat kembali mengimarahkan semula masjid tersebut.

“Saya dimaklumkan sebentar tadi oleh Ustaz Hamdan, salah seorang imam di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Wilayah Persekutuan, Putrajaya bahawa kehadiran jemaah masjid kurang memberangsangkan.

“Jemput kita imarahkan semula masjid, surau Jumaat dan surau dalam Wilayah Persekutuan bagi yang berhampiran. Pastikan patuhi semua SOP yang ditetapkan.⁣⁣,” katanya dalam ciapan di Twitter rasminya hari ini.

Zulkifli berkata bermula semalam juga, semua masjid dan surau di zon hijau dan zon kuning di Wilayah Persekutuan mula dibuka dengan had kapasiti 1/3 dewan solat. — AlHijrah Online / Zaim Zamani.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

1 Comment

1 Comment

  1. Othman

    17 June 2020 at 7:38 PM

    Kena ikut SOP yang diajar oleh Rasullullah itu yg mesti diutamakan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading