COVID-19: ANGKA KES POSITIF TURUN KE 835 KES

PUTRAJAYA: Angka positif COVID-19 hari ini turun kepada tiga angka dengan 835 kes baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan daripada jumlah itu terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara melibatkan satu kes warganegara dan empat kes bukan warganegara.

Ujar Dr Noor Hisham, Sabah kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 410 kes.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan dua kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian 238 kes.

Selain itu 89 kes positif kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu dua kluster baharu dilaporkan hari ini iaitu Kluster Lintas melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Kluster Limbungan di Wilayah Persekutuan Labuan. — AlHijrah Online

Leave a Reply