Dulu, imam lazimnya akan meminta makmum merapatkan saf sebelum solat. Tetapi ini tidak berlaku siang tadi.
Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menjadi imam solat zohor dan solat hajat menghindari COVID-19 terus mengangkat takbir.
Solat zohor dan solat hajat berjemaah dalam keadaan yang mematuhi penjarakan sosial (social distancing) selain makmum memakai penutup hidung dan mulut itu disiarkan secara langsung di Stesen TV dan Facebook TV AlHijrah.
Turut bersama-sama
menayangkan sesi solat berjemaah dalam keadaan luar biasa itu adalah saluran
Astro Oasis dan Sinar Harian (Facebook Live).
Penulis yakin ramai dalam kalangan umat Islam rindu untuk ke masjid, apatah lagi ini Jumaat kedua yang terpaksa digantikan dengan solat zohor di rumah dan tempat masing-masing semata-mata mahu memastikan rantaian wabak COVID-19 diputuskan.
Rasa sayu kedengaran dalam suara muazzin ketika beliau melaungkan azan di Surau Rahmatan Lil Alamin di tingkat 9 JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya.
Jelas rasa sebak membungkam muazzin ketika beliau melaungkan “Hayya Alas Solah” (mari mengerjakan solat) yang turut dikomen orang ramai di Facebook TV AlHijrah.
Penulis antara kru TV AlHijrah yang berada di sebalik tabir siaran langsung itu juga turut merasa sebak.
Seakan-akan tidak percaya yang rakyat negara ini, khususnya umat Islam, melalui saat-saat mencabar akibat wabak penyakit COVID-19 sehinggakan masjid dan surau terpaksa ditutup dan jemaah dilarang berjemaah di rumah Allah.
Jadi apakah pengajaran yang telah kita belajar dari musibah yang dibawa wabak yang berasal dari Wuhan, China ini?
Jujurnya, selaku
seorang wartawan yang memang bergelumang dalam dunia pemberitaan di zon konflik
dan bencana, penulis langsung tidak menyangka yang kita semua akan melalui saat
krisis seperti ini.
Kadang-kadang terasa
seakan-akan berada di dalam filem apabila Perintah Kawalan Pergerakan terpaksa
dilaksanakan Kerajaan untuk mengekang wabak yang kita tidak nampak ini.
Polis dan
tentera mengawal jalan raya di lokasi-lokasi panas. Mujurlah mereka hanya memeriksa
dan bertanya, tetapi tidak menghalakan muncung senjata ke muka.
Ketika gelombang
pertama COVID-19 berlaku di negara ini kira-kira dua bulan lalu, kita langsung
tidak menyangka ia akan menjadi separah ini apatah lagi dengan reputasi pihak
berkuasa kesihatan negara yang dikatakan antara terbaik di dunia.
Setakat ini, 26 maut akibat virus itu yang menjangkiti 2,161 individu di negara ini dengan 259 dilaporkan sembuh.
Namun
sebaik-baik mana perancangan manusia, ternyata takdir tuhan itu tetap berlaku
di mana wabak ini menular dengan pantas.
Dan lebih
menyedihkan apabila perhimpunan tabligh yang diadakan hujung Februari lalu di
Masjid Jamek Sri Petaling dikenalpasti sebagai antara kluster terbesar
penyumbang penularan jangkitan berlaku.
Malah sehingga hari ini, masih ada lagi dalam kalangan jemaah tabligh yang masih belum tampil membuat ujian saringan kesihatan, khususnya jemaah bukan warganegara Malaysia.
Catatan ini bukan untuk menyalahkan kelompok itu kerana 40 peratus lagi bagi kluster jangkitan COVID-19, masih belum dikenalpasti sepenuhnya.
Apa yang pasti, penularan wabak COVID-19 bukan hanya memaksa pintu masjid ditutup sebaliknya pintu-pintu rumah ibadat agama lain juga terpaksa dikunci supaya tiada perhimpunan orang ramai atau mass-gathering berlaku.
Ini bagi
mengelakkan penularan wabak COVID-19 yang amat mudah berjangkit antara manusia
dengan manusia lain melalui titisan cecair yang keluar ketika batuk atau
bersin.
Berbalik kepada
persoalan pengajaran di sebalik COVID-19, sebagai umat Islam kita selalu
percaya yang doa seperti mana dalam solat hajat itu senjata ampuh memohon
pertolongan dari langit.
Namun kita juga
harus ingat bahawa doa yang tidak diiringi tawakkal (baca usaha) juga adalah tidak
mencukupi.
Atas dasar itu,
pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak seharusnya diambil mudah oleh
kita.
Barangkali, COVID-19 ini didatangkan untuk mengingatkan kita akan nikmat yang sering kita lupa dan mengajar kita akan nilai dalam kehidupan.
Dulu, penutup
hidung dan mulut (facemask) dijual RM4 untuk 10 keping dan ia langsung tidak
diperlukan.
Tetapi lihat di
mana kedudukan facemask ketika ini. Helaian fabrik tiga lapis yang dikatakan
mampu mencegah penularan COVID-19 itu, kini umpama emas yang dicari-cari semua
orang.
Malah ianya
dijual berganda-ganda harganya sehingga ramai yang meminta Kerajaan meletakkan
harga siling.
Dulu kita memandang
lekeh kepada pemandu GrabFood dan FoodPanda, kelompok yang kita gelar gig-ekonomi,
sekarang merekalah antara frontliner yang kita perlukan untuk membawa makanan
ke rumah kita.
Dulu kita
langsung tidak kenal siapa cleaner yang bertugas di pejabat kita, sekarang
merekalah individu penting yang memastikan pejabat kita sentiasa bersih supaya
kita dapat bekerja dengan aman.
Dulu kita
langsung tidak mempedulikan ibu bapa di kampung, sekarang nak balik kampung pun
tidak boleh kerana arahan kawalan pergerakan.
Dulu kita selalu mengherdik petugas perubatan, terutama jururawat, di hospital kerajaan kononnya perkhidmatan mereka tidak sebaik hospital swasta, sekarang kelompok inilah yang bersengkang mata siang malam memastikan COVID-19 tidak mengganas.
Lebih menyedihkan ada dalam kalangan mereka yang tidak pulang ke rumah untuk melindungi keluarga dari risiko dijangkiti COVID-19.
Nilai selalunya bergantung kepada keadaan dan keperluan.
Dulu, sarung tangan getah yang kita keluarkan diharamkan oleh CBP atau Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (AS).
Namun dek keperluan akibat COVID-19 larangan itu ditarik balik dan kononnya syarikat pengeluar sarung tangan itu, tidak lagi menggunakan tenaga buruh paksa di kilangnya!
Seharusnya rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, menyedari bahawa COVID-19 juga adalah makhluk Allah.
Ia datang sebagai peringatan kepada nikmat-Nya yang telah kita ambil mudah dan mendustakan sebelum ini.
Jikapun ada rindu untuk ke masjid harus dilupakan sementara waktu. Begitu juga niat menziarahi ibu bapa di kampung halaman juga harus diketepikan sehinggalah rantaian wabak penyakit ini diputuskan.
Apa yang pasti, dalam musibah wabak ini, ada ruang untuk rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, bermuhasabah.
Jika kebaikan yang kita cari, maka kebaikanlah yang kita akan jumpa dan begitu juga yang sebaliknya. Wallahualam. – AlHijrah Online
Penulis adalah Editor Berita & Penerbit AlHijrah Media Corporation.
Penafian: Artikel yang disiarkan AlHijrah Online ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak menggambarkan pendirian Editorial AlHijrah Media Corporation dalam isu yang dikupas.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests