KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya empat pusat membeli-belah di Lembah Klang kini dikesan mempunyai kes COVID-19.
Daripada empat pusat membeli-belah itu, tiga daripadanya terletak di Kuala Lumpur dan satu di Selangor.
Setakat ini difahamkan kesemua pusat membeli-belah yang dikesan mempunyai kes COVID-19 masih beroperasi namun langkah berjaga-jaga telah dipertingkatkan bagi mengawal penularan penyakit berjangkit tersebut.
Berikut merupakan senarai pusat membeli-belah yang terkesan:
Sunway Pyramid
Pada 26 September 2020, pengurusan Sunway Pyramid memaklumkan seorang kakitangan di sebuah kedai barangan sukan Nike di pusat membeli-belah berkenaan positif COVID-19.
Bagaimanapun pihak Sunway Pyramid memaklumkan insiden tersebut merupakan kes terpencil dan tindakan segera telah diambil sebaik maklumat kes positif COVID-19 itu diterima.
“Sunway Pyramid telah segera melakukan kerja-kerja pembersihan dengan teliti termasuk pembasmian kuman serta pembersihan di seluruh premis.
“Proses pembersihan juga ditingkatkan setiap hari,” menurut kenyataan dikeluarkan di Facebook rasmi Sunway Pyramid.
Tambah Sunway Pyramid, berdasarkan rekod pada aplikasi MySejahtera pada 23 dan 24 September, kakitangan Nike yang terlibat hanya datang ke tempat kerjanya dan tidak mengunjungi premis lain kecuali sebuah kedai sebaneka.
“Pihak pengurusan menghubungi pengusaha kedai serbaneka tersebut untuk memaklumkan mengenai kes tersebut dan kerja-kerja pembersihan segera dilakukan.
“Kakitangan kedai serbaneka yang bertugas ketika hari kejadian akan dihantar untuk saringan kesihatan,” jelas kenyatan Sunway Pyramid.
Sunway Pyramid juga mengesahkan rekod suhu kakitangan Nike tersebut di bawah 37.5 Celcius pada 22 dan 23 September.
SURIA KLCC
Pengurusan Suria KLCC semalam mengesahkan seorang kakitangan premis gim Babel di pusat membeli-belahnya telah dikesan positif COVID-19 pada 23 September 2020.
Suria KLCC memaklumkan kakitangan dan ahli gim Babel yang mempunyai kontak rapat dengan individu yang positif COVID-19 tersebut telah menjalani ujian kesihatan dan diarahkan untuk kuarantin di rumah.
Pusat membeli-belah itu juga memberitahu keputusan ujian bagi mereka yang menjalaninya pada 24 September disahkah negatif.
“Pada masa yang sama, Suria KLCC akan terus mengambil langkah proaktif dan pencegahan untuk memastikan tahap kebersihan yang tinggal di seluruh pusat membeli-belah,” jelas Suria KLCC di laman Facebook rasminya.
NU SENTRAL
Sebuah lagi pusat membeli-belah di ibu negara, NU Sentral semalam mengesahkan kakitangannya positif COVID-19.
NU Sentral memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah segera melakukan pengesanan kontak rapat kakitangan tersebut.
“Semua kontak rapat termasuk pegawai di pejabat pengurusan NU Sentral telah menjalani ujian COVID-19 pada 26 September 2020 dan keputusan kali pertama menunjukkan semua negatif.
“Pun begitu, kakitangan diarahkan untuk kuarantin diri selama 14 hari,” jelas NU Sentral.
Pusat membeli-belah itu juga menyakinkan penyewa, vendor dan pelanggan bahawa kes ini adalah kes terpencil.
NU Sentral memaklumkan mereka bekerjasama rapat dengan KKM dan telah melakukan pembersihan menyeluruh di seluruh kawasan pusat membeli-belah sesuai dengan garis panduan keselamatan dan kesihatan yang dikeluarkan oleh kementerian tersebut.
The Linc KL
The Linc Development Sdn Bhd pada 24 September 2020 memaklumkan ibu bapa kepada salah seorang pelajar di pusat perkembangan kanak-kanak Trinity Kids cawangan pusat membeli-belah The Linc KL disahkan positif COVID-19.
Kanak-kanak itu dilaporkan mengikuti program separuh hari sehingga tengah hari dan kali terakhir hadir ke sekolah pada Khamis, 17 September 2020.
“Kami telah mengambil semua langkah pencegahan yang diperlukan untuk mengurangkan risiko kepada pelanggan, kakitangan, dan penyewa.
“Tindakan segera kami meliputi pembasmian kuman di semua kawasan umum di The Linc KL oleh syarikat pembasmi kuman profesional,” jelas The Linc KL.
Dalam perkembangan terbaharu, semua tenaga pengajar di Trinity Kids yang telah menjalani saringan COVID-19 disahkan negatif.
Pusat perkembangan kanak-kanak itu telah dibenarkan beroperasi semula pada 25 September 2020. — AlHijrah Online / Zaim Zamani
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests