Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: MELAKA BAKAL LAKSANA PEMAKAIAN ‘FACE MASK’

DALAM NEGARA

COVID-19: MELAKA BAKAL LAKSANA PEMAKAIAN ‘FACE MASK’

Melaka bakal menguatkuasakan semula pemakaian pelitup muka di tempat awam jika berlaku peningkatan mendadak kes COVID-19.

Gambar ARKIB. Sumber BERNAMA

MELAKA: Melaka bakal menguatkuasakan semula pemakaian pelitup muka di tempat awam jika berlaku peningkatan mendadak kes COVID-19.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah Melaka Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pihaknya memandang serius peningkatan kes selain memantau secara dekat perkembangan COVID-19 dalam tempoh dua minggu ini.

“Jika penularan kes meningkat naik, kita tidak akan teragak-agak untuk menguatkuasakan semula undang-undang pemakaian pelitup muka di tempat tertutup dan di kawasan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, orang ramai termasuk diminta untuk memakai pelitup muka terutama di tempat orang ramai dan tertutup susulan perkembangan COVID-19 terkini.

Muhammad Akmal turut mengingatkan orang ramai untuk mendapatkan vaksin dos penggalak dengan segera demi perlindungan diri.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua varian COVID-19 utama dalam penularan penyakit itu di China iaitu BA.5.2 dan BF.7 dikesan di Malaysia.

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan dua varian COVID-19 utama yang menular di China iaitu varian BA.5.2 dan BF.7 telah dikesan di Malaysia.

Setakat 31 Disember lalu, sebanyak 4,148 kes dijangkiti dengan BA.5.2 dan tiga kes dijangkiti BF.7.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading