Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NEW YORK DIISYTIHARKAN DARURAT

DUNIA

NEW YORK DIISYTIHARKAN DARURAT

NEW YORK: Gabenor New York semalam mengisytiharkan darurat kecemasan selepas wabak koronavirus mencecah 76 kes di bandar metropolitan itu, lapor agensi berita Anadolu.

Andrew Cuomo mengumumkan keputusan itu selepas kes jangkitan meningkat dua kali ganda dalam tempoh 24 jam lalu.

New York setakat ini mencatat 76 kes COVID-19 daripada keseluruhan 377 kes direkodkan di Amerika Syarikat.

Jumlah mangsa yang mati meningkat kepada 17 orang selepas dua lagi kes kematian dicatatkan di Florida dengan strain baharu koronavirus dikesan pada 21 orang di atas kapal cruise di California.

Pertama kali dikesan di Wuhan, China Disember lalu, koronavirus kini menular di lebih 80 negara.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah kematian global kini mencecah 3,500 mangsa dan hampir 100,000 kes jangkitan koronavirus dikesan.

WHO, yang awalnya mengisytiharkan penularan wabak koronavirus itu sebagai kecemasan global, meningkatkan tahap amaran global kepada “amat tinggi”. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading