Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DIPUKUL, DIMALUKAN DI SEMPADAN GREECE

DUNIA

DIPUKUL, DIMALUKAN DI SEMPADAN GREECE

Bukan hanya dihalau, tetapi ada dalam kalangan pelarian yang dipukul dan diarah menanggalkan pakaian dalam cuaca sejuk di sempadan Greece.

Ini nasib yang menimpa pelarian dari beberapa negara, termasuk Syria, yang ingin menyeberang ke Eropah selepas Ankara tidak lagi menghalang mereka ke benua yang didambakan itu.

Turki menegaskan Kesatuan Eropah (EU) telah mungkir janji untuk membantunya dalam soal pelarian di negara itu dengan hampir empat juta pelarian, majoritinya dari Syria, kini tertekan & Turki tidak mampu lagi menampung pelarian di negara mereka.

Situasi tegang di wilayah Idlib yang menyebabkan hampir sejuta warga Syria terjejas, hilang tempat tinggal dan lari ke Turki juga antara faktor utama kenapa Ankara membuka pintu sempadannya ke Eropah. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading