COVID-19: TURKI HANTAR BANTUAN KEPADA 57 NEGARA

ANKARA: Turki menghantar bantuan kepada sekurang-kurangnya 57 negara di seluruh dunia untuk memerangi wabak COVID-19.

“Kita menyediakan peralatan perubatan untuk 57 negara,” kata Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu dipetik agensi berita Anadolu.

Selepas menerima permintaan dari 100 negara, Turki menghantar bantuan, bekalan perubatan dan peralatan perlindungan diri kepada lima benua, termasuk negara terjejas teruk seperti UK, Itali, Sepanyol dan Amerika Syarikat.

Bantuan antara lain meliputi kit ujian, penutup hidung dan mulut, sarung tangan, protective overall dan disinfectant. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply