Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CUACA PANAS: INSTITUSI PENDIDIKAN TANGGUH AKTIVITI LUAR – KPM

DALAM NEGARA

CUACA PANAS: INSTITUSI PENDIDIKAN TANGGUH AKTIVITI LUAR – KPM

Aktiviti luar tersebut termasuk merentas desa, kawad, sebarang sukan dan permainan, perkhemahan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di luar bilik darjah.

Gambar ARKIB. Sumber BERNAMA

KUALA LUMPUR: Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diminta menangguhkan semua aktiviti luar yang melibatkan pelajar, guru dan pensyarah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ia berikutan cuaca panas serta kering berpanjangan yang sedang melanda negara.

“Saya menghargai segala usaha dan keprihatinan seluruh warga kementerian di semua peringkat demi kesihatan dan kesejahteraan pelajar serta murid,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Aktiviti luar tersebut termasuk merentas desa, kawad, sebarang sukan dan permainan, perkhemahan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di luar bilik darjah.

Sebelum ini KPM memberikan kelonggaran khas kepada para pelajar dan guru untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan ketika cuaca panas.

Pemakaian tali leher juga tidak diwajibkan bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading