Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CUKAI TAKSIRAN DI PUTRAJAYA DIKURANGKAN LIMA PERATUS BAGI STRATA, 20 PERATUS UNTUK TERES

DALAM NEGARA

CUKAI TAKSIRAN DI PUTRAJAYA DIKURANGKAN LIMA PERATUS BAGI STRATA, 20 PERATUS UNTUK TERES

“Saya ambil peduli keluhan daripada pemilik harta selain rumah mampu milik di Putrajaya bahawa cukai taksiran yang dikenakan ke atas premis kediaman mereka agak tinggi berbanding kawasan sekitarnya,”

Datuk Seri Anwar Ibrahim –fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberikan pengurangan cukai taksiran fasa 2 di Putrajaya sebanyak lima peratus kepada pemilik kediaman strata (selain rumah mampu milik) dan 20 peratus bagi pemilik kediaman teres bermula 1 Julai ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengurangan itu diberikan kepada kediaman yang siap dibina selepas 2017 dan potongan akan diberikan kepada jumlah cukai taksiran yang dikenakan.  

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata pemberian pengurangan cukai itu melibatkan hampir 2,700 unit kediaman strata dan teres yang siap dibina selepas 2017 dan diberikan sehingga penilaian semula oleh Perbadanan Putrajaya. 

“Saya ambil peduli keluhan daripada pemilik harta selain rumah mampu milik di Putrajaya bahawa cukai taksiran yang dikenakan ke atas premis kediaman mereka agak tinggi berbanding kawasan sekitarnya,” menurut beliau dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri berkata pengurangan itu juga selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI melalui elemen ihsan yang seterusnya dapat dipanjangkan kepada ruang lingkup lebih luas bagi mengurangkan beban penduduk dalam mendepani kos sara hidup terutama golongan M40 yang memiliki kediaman strata dan teres di Putrajaya.

Sebelum ini, semua kediaman berharga di bawah RM300,000 di Putrajaya diberikan potongan sebanyak 30 peratus daripada jumlah cukai taksiran yang dikenakan berkuat kuasa 1 Jan lepas sehingga penilaian semula oleh Perbadanan Putrajaya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading