BANJIR JOHOR SEDIKIT PULIH, MANGSA DI PAHANG BERKURANG, MELAKA TIDAK BERUBAH
Keadaan banjir di sebahagian daerah di Johor sedikit pulih dengan penutupan enam pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Tinggi dan dua di Segamat, manakala jumlah mangsa di Pahang terus berkurangan dan Melaka pula tidak berubah setakat petang ini.
Seorang penduduk setempat meninjau keadaan di pekan Parit Sulong yang masih digenangi banjir termenung ketika tinjauan fotoBernama hari ini.– fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di sebahagian daerah di Johor sedikit pulih dengan penutupan enam pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Tinggi dan dua di Segamat, manakala jumlah mangsa di Pahang terus berkurangan dan Melaka pula tidak berubah setakat petang ini.
Di JOHOR, angka mangsa banjir menunjukkan sedikit penyusutan kepada 44,780 orang di enam daerah setakat 2 petang ini, berbanding 45,048 orang pada 8 pagi tadi.
Daerah Batu Pahat menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 35,818 orang, susulan peningkatan air di daerah itu, diikuti dengan Muar 4,057 orang dan Tangkak 2,424 orang.
PPS yang ditutup di daerah Kota Tinggi membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Semanggar; SK Taman Kota Jaya; SK Sungai Telor; Dewan Raya Taman Kota Jaya; Sekolah Agama (SA) Taman Kota Jaya dan SA Desa Mahkota, manakala di Segamat ialah Balai Raya Kampung Padang Kiambang dan Kampung Mensudut Lama.
Sebanyak 10 sungai masih melepasi paras bahaya antaranya Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok (Batu Pahat) yang kini berada di paras 19.91 meter (m); Sungai Muar di Buloh Kasap (Segamat) di paras 9.27m dan Sungai Muar di Bukit Kepong (Muar) di paras 4.94m.
Di PAHANG, aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan, jumlah mangsa banjir di Rompin menurun kepada 2,122 orang daripada 624 keluarga yang ditempatkan di 15 PPS petang ini, berbanding 2,248 daripada 659 keluarga pagi tadi.
Laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan, Sungai Keratong di Rompin masih melebihi paras bahaya petang ini, dengan menunjukkan trend menurun.
Sementara itu, di MELAKA, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir di Jasin kekal 523 orang daripada 141 keluarga dan ditempatkan di lima PPS setakat 2 petang tadi. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked