Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata peratus lulus keseluruhan calon UPKK Tahun 2022 ialah 88 peratus, manakala pencapaian Gred Purata Skor UPKK secara keseluruhan ialah 1.99 mata.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Nai’m Mokhtar (kiri) menerima keputusan UPKK daripada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff pada Majlis Pengumuman Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2022 di Kompleks Islam Putrajaya hari ini. –fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Seramai 19,266 calon daripada 234,931 pelajar yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 mencatat keputusan 8A.
Peperiksaan UPKK Tahun 2022 melibatkan sebanyak lapan mata pelajaran yang diuji kepada calon iaitu Bidang al-Quran; Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah); Sirah; Adab (Akhlak Islamiah); Jawi dan Khat; Lughatul Quran; Penghayatan Cara Hidup Islam dan Amali Solat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata peratus lulus keseluruhan calon UPKK Tahun 2022 ialah 88 peratus, manakala pencapaian Gred Purata Skor UPKK secara keseluruhan ialah 1.99 mata.
Mohd Na’im berkata kadar lulus bagi mata pelajaran Amali Solat ialah 100 peratus, diikuti Bidang al-Quran dan Penghayatan Cara Islam masing-masing 99 peratus; Jawi dan Khat (88 peratus); Adab (82 peratus); Ulum Syariah (79 peratus); serta Sirah dan Lughatul Quran masing-masing 78 peratus.
“Pencapaian ini menunjukkan kejayaan murid dalam menguasai ibadat solat, mengamalkan cara hidup Islam dan tilawah al-Quran dalam kehidupan seharian,” katanya pada majlis pengumuman keputusan UPKK Tahun 2022 di sini hari ini.
Mengulas prestasi UPKK Tahun 2022, Mohd Na’im berkata terdapat sedikit penurunan peratusan lulus keseluruhan dan yang mendapat 8A berbanding UPKK pada 2019.
Beliau berkata prestasi UPKK Tahun 2022 tidak boleh dibandingkan dengan 2021 kerana peperiksaan pada tahun itu dibuat menggunakan modul yang berbeza.
Beliau berkata UPKK 2019 merekodkan seramai 44,066 pelajar daripada 223,705 calon yang menduduki peperiksaan itu mendapat 8A dengan peratus lulus keseluruhan ialah 93 peratus.
“Faktor pembelajaran dalam talian dan jumlah ketidakhadiran calon yang tinggi, iaitu 8,921 orang, antara faktor menyumbang kepada penurunan prestasi UPKK pada 2022.
“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan melaksanakan post mortem (pascanilai) bagi mencari punca dan penyelesaian kepada masalah jumlah ketidakhadiran yang tinggi bagi UPKK 2022,” katanya.
Seramai 464,605 calon iaitu 222,528 murid tahun enam dan 242,077 murid tahun lima mengambil peperiksaan Modul Penilaian KAFA Tahun 2021 dengan peratusan lulus keseluruhan sebanyak 95.37 peratus.
Dalam pada itu, Mohd Na’im berkata kemenjadian murid bukan diukur kepada jumlah bilangan A yang diperoleh, tetapi melalui amalan dan cara hidup Islam yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian yang semakin mencabar.
“Harapan kami agar murid-murid yang mengikuti kelas KAFA ini menjadi tonggak dan permata yang akan menyemarakkan lagi syiar Islam pada masa akan datang,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager