Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CURI BEG GALAS KETIKA SOLAT JUMAAT, PENGANGGUR DIPENJARA TIGA BULAN

DALAM NEGARA

CURI BEG GALAS KETIKA SOLAT JUMAAT, PENGANGGUR DIPENJARA TIGA BULAN

Seorang penganggur dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini kerana mencuri beg galas yang mengandungi pelbagai barangan termasuk komputer riba dan wang tunai RM70 milik seorang lelaki yang sedang menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid.

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri beg galas yang mengandungi pelbagai barangan termasuk komputer riba dan wang tunai RM70 milik seorang lelaki yang sedang menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid.

Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Farizat Mohamed, 22, selepas mengaku bersalah mencuri beg galas milik Ahmad Yakqub Abd Halim, 28, mengandungi barangan yang keseluruhannya bernilai RM1,000, di Masjid Ibnu Khaldun, Sungai Besi di sini pada 1.38 tengah hari, 5 Julai lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 5 Julai lepas.

Berdasarkan fakta kes, semasa pengadu (Ahmad Yakqub) sedang solat di masjid berkenaan, beliau menyedari beg galas yang diletakkan di sebelah sisinya hilang dan disyaki telah dicuri.

Tertuduh yang ditangkap oleh pihak polis kemudian mengaku telah mencuri beg galas berkenaan ketika pengadu sedang menunaikan solat Jumaat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya R. Harvind memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal berbentuk pengajaran, manakala peguam Nurdiyana Mustaza yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan kerana anak guamnya mempunyai ibu bapa yang uzur.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading