Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

‘CURI’ RENTAS NEGERI SAMBUT RAMADAN BERDEPAN KOMPAUN

DALAM NEGARA

‘CURI’ RENTAS NEGERI SAMBUT RAMADAN BERDEPAN KOMPAUN

KUBANG PASU: Individu yang berhasrat untuk ‘curi’ atau cuba rentas negeri pulang ke kampung untuk menyambut Ramadan tanpa surat kebenaran polis akan dikenakan tindakan kompaun jika ditahan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, tindakan kompaun akan terus dikenakan jika polis mendapati mana-mana individu melakukan aktiviti rentas negeri.

“Sekarang kita masih mengawal ketat dengan sekatan jalan raya (SJR), bagaimanapun jika individu masuk ke sini terutama dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan diperiksa betul-betul.

“Bagi mereka yang daripada kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kita berikan sedikit kelonggaran namun syarat borang daripada polis kena tunjuk semasa di SJR,” katanya selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kubang Pasu di antara Asisten Komisioner Polis (ACP) Mohd Ismail Ibrahim yang digantikan dengan Supritendan Rodzi Abu Hassan, pada Rabu.

Beliau berkata, bagaimanapun kelonggaran diberikan sekiranya berlaku kecemasan, namun pihaknya akan meneliti sekiranya ada yang menipu.

Hasanuddin berkata, pihaknya juga mengetatkan kebenaran rentas negeri jika diarahkan bagi membendung penularan COVID-19. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading