Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SAJAT SEMBUNYI DI THAILAND

DALAM NEGARA

SAJAT SEMBUNYI DI THAILAND

KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat dipercayai sedang bersembunyi di Thailand.

Menurut laporan Harian Metro semalam yang memetik sumber, Sajat berjaya meloloskan diri ke Thailand namun tidak dapat dipastikan bagaimana dia lolos ke negara jiran itu.

Keberadaan Muhammad Sajjad di negara jiran disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador namun beliau tidak menyatakan negara mana.

“Ya dia kini berada di negara jiran. Cuma saya nasihatkan kepada dia pulang dan pergilah ke mahkamah,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Sajat menghilangkan diri selepas waran tangkap dikelurkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor kerana gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita.

Sebelum ini, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) turut memaklumkan usahawan kosmetik tersebut berkemungkinan berada di luar negara namun lokasi tidak didedahkan kerana bimbang menganggu siasatan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading