Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Decathlon diugut kerana rancang jual tudung sukan

DUNIA

Decathlon diugut kerana rancang jual tudung sukan

Hijab sering menjadi isu kontroversi di Paris – Foto Sinar Harian

PARIS, 27 Februari – Peruncit barangan sukan Perancis, Decathlon telah membatalkan rancangan menjual tudung untuk pelari wanita selepas berdepan bantahan awam.

Sinar Harian memetik laporan BBC yang menyebutkan bahawa firma itu memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mereka menerima ancaman yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Kami memutuskan untuk tidak memasarkan produk tersebut buat masa ini,” kata jurucakap Decathlon, Xavier Rivoire, semalam.

Syarikat terbabit mendakwa ia telah menerima 500 panggilan dan emel aduan tentang tudung tersebut malah kakitangan mereka turut dihina dan menerima ugutan fizikal.

Tudung jenis material ringan itu bakal dipasarkan di 49 negara bermula bulan depan.

Terdahulu, beliau berkata, jualan tudung itu adalah untuk memastikan sukan dapat diakses oleh semua wanita di seluruh dunia.

Ahli politik menyifatkan ‘tudung untuk lari’ itu kononnya bertentangan dengan nilai sekular negara dan beberapa Ahli Parlimen turut mencadangkan langkah boikot ke atas jenama itu.

Menteri Kesihatan, Agnes Buzyn dalam satu kenyataan berkata, beliau lebih suka jika jenama Perancis tidak mempromosikan tudung.

Isu bagaimana wanita Islam berpakaian di tempat awam sering mencetuskan kontroversi di Paris.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading