Connect with us

ALHIJRAH NEWS

DELEGASI HAMAS AKAN KE MESIR UNTUK RUNDINGAN GENCATAN SENJATA – HANIYEH

DUNIA

DELEGASI HAMAS AKAN KE MESIR UNTUK RUNDINGAN GENCATAN SENJATA – HANIYEH

Ketua Hamas Ismail Haniyeh berkata pada Khamis bahawa satu delegasinya akan ke Mesir dalam masa terdekat bagi meneruskan perbincangan secara tidak langsung dengan Israel untuk gencatan senjata di Semenanjung Gaza.

GAZA: Ketua Hamas Ismail Haniyeh berkata pada Khamis bahawa satu delegasinya akan ke Mesir dalam masa terdekat bagi meneruskan perbincangan secara tidak langsung dengan Israel untuk gencatan senjata di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Ini merupakan hasil perbualan telefon antara Haniyeh dengan Ketua Perisikan Mesir Abbas Kamel.

Menurut kenyataan Hamas, Haniyeh memberitahu Kamel bahawa satu delegasi kumpulan itu akan kembali ke Mesir dalam masa terdekat untuk meneruskan perbincangan bagi mencapai satu persetujuan untuk memenuhi permintaan rakyat Palestin dan menghentikan serangan.

Perbincangan secara tidak langsung antara Israel dan Hamas telah berlangsung di Mesir dan Qatar menyasarkan persetujuan yang merangkumi pertukaran tawanan dengan tahanan Israel akan dilepaskan dengan pembebasan warga Palestin daripada penjara Israel.

Tel Aviv percaya lebih 130 warga Israel ditahan di Gaza sementara Israel menahan kira-kira 9,100 warga Palestin di dalam penjaranya.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken berkata pada Isnin Israel memberikan Hamas satu tawaran yang “baik” supaya membebaskan tahanan Israel yang akan membawa kepada satu gencatan senjata di Gaza. 

Tawaran terbaharu itu termasuk kesediaan Israel untuk membincangkan “pemulihan kembali ketenangan berpanjangan” di Gaza selepas pembebasan awal tahanan atas dasar kemanusiaan, dua pegawai Israel memberitahu laman sesawang berita Axios.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading