KUALA LUMPUR – Mana-mana individu yang berniat untuk mengelak atau
membantu orang lain untuk mengelak levi pelepasan yang dikenakan ke atas
setiap penumpang udara ke luar negara bakal dikenakan denda RM1 juta
kelak, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Denda itu antara yang terkandung dalam Perkara 38 Pengelakan Levi
Pelepasan di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Levi Pelepasan (2019) yang
dibentangkan buat kali pertama oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk
Amiruddin Hamzah di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md
Yusof.
Amiruddin berkata bacaan kali kedua untuk RUU itu akan dibaca pada mesyuarat kali ini juga.
Menurut buku akta itu yang diedarkan kepada media hari ini, hukuman
itu dikenakan kepada mana-mana individu yang berniat untuk mengelak atau
membantu orang lain mengelak levi pelepasan termasuk membuat
pernyataan, catatan, jawapan palsu dan segala penggunaan penipuan, tipu
daya atau helah.
“Jika disabitkan bersalah, individu itu boleh
didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” menurut buku akta itu.
Pada
Bajet 2019 Kerajaan telah mencadangkan pengenaan levi pelepasan bagi
semua penumpang udara ke luar negara bermula 1 Jun 2019, iaitu RM20 bagi
penumpang ke negara-negara ASEAN dan RM40 bagi penumpang ke
negara-negara lain. Cadangan itu bagi menggalakkan pembangunan
pelancongan domestik.
Buku itu menjelaskan, Rang Undang-Undang
(RUU) Levi Pelepasan (2019) ini diwujudkan untuk mengadakan peruntukan
bagi pengenaan levi pelepasan ke atas orang yang meninggalkan Malaysia
dan bagi perkara yang berkaitan dengannya.
Manakala bagi Perkara
37 (Penyata Tidak Betul dan Yang Terkurang Dibayar) akta yang sama ini,
ia akan menghukum mana-mana pesalah yang memberikan maklumat tidak betul
sehingga memberi kesan ke atas tanggungannya untuk mengenakan levi
pelepasan.
Apabila disabitkan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM500,000
atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Di
bawah akta yang sama melalui Perkara 36 (Halangan) pula, hukuman juga
akan dikenakan kepada mana-mana individu yang menghalang pegawai kastam
bertugas termasuk mencabul atau mengancam nyawa mereka.
Ia juga akan menghukum mana-mana individu yang tidak memberi kemudahan atau bantuan yang munasabah kepada pegawai kastam dalam menjalankan tugasnya di mana mereka akan dipenjarakan selama tempoh tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM500,000 atau kedua-duanya. – SINAR ONLINE
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.