Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DIANCAM SERANGAN ZIONIS, MENTERI PALESTIN RAYU KOMUNITI ANTARABANGSA LINDUNGI HOSPITAL AL QUDS

DUNIA

DIANCAM SERANGAN ZIONIS, MENTERI PALESTIN RAYU KOMUNITI ANTARABANGSA LINDUNGI HOSPITAL AL QUDS

RAMALLAH: Menteri Kesihatan Palestin Mai Alkaila merayu masyarakat antarabangsa dan semua pertubuhan hak asasi manusia untuk campur tangan dan melindungi Hospital Al Quds di Gaza daripada ancaman serangan Israel.

“Amat penting bagi masyarakat antarabangsa untuk bertindak segera bagi mengelak tragedi yang menimpa Hospital Arab Al Ahli pada Selasa lepas berulang,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Agensi Berita WAFA. 

Beliau berkata Persatuan Bulan Sabit Merah yang mengendalikan Hospital Al Quds telah diberi notis agar mengosongkan hospital itu.

Ketika ini, Hospital Al Quds menampung lebih 400 pesakit dan kira-kira 12,000 penduduk yang kehilangan tempat tinggal berlindung di hospital berkenaan. — AlHijrah Online

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading