Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DIJEMPUT ILAHI KETIKA DENGAR KULIAH SUBUH DI MASJID

DALAM NEGARA

DIJEMPUT ILAHI KETIKA DENGAR KULIAH SUBUH DI MASJID

Bekas Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Perlis meninggal dunia semasa mendengar kuliah Subuh di Masjid Negeri Arau, hari ini.

ARAU: Bekas Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Perlis meninggal dunia semasa mendengar kuliah Subuh di Masjid Negeri Arau, di sini hari ini.

Yahya Kadir, 65, dilaporkan rebah secara tiba-tiba sebelum tidak sedarkan diri semasa kuliah itu dijalankan.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, ACP Mohd Norzuki Husain berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 7.10 pagi.

“Saya difahamkan Yahya bukanlah ahli kariah masjid itu namun tetap hadir ke masjid itu jika ada program kuliah yang dianjurkan pihak pentadbiran masjid.

“Ketika sedang duduk mendengar kuliah, dia tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. Jemaah masjid cuba membantu namun tiada tindak balas,” katanya seperti dilapor media hari ini.

Sejurus kejadian, pihak pentadbiran masjid menghubungi ambulans dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh paramedik bertugas.

“Pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa juga tidak menemui sebarang unsur jenayah, namun rekod kesihatan menunjukkan dia adalah pesakit diabetes dan darah tinggi,” katanya.

Jenazah mangsa dibawa pulang isterinya untuk dikebumikan di Tambun Tulang dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading