JOHOR BAHRU: Ibu kandung yang disyaki mengelar anaknya berusia setahun enam bulan hingga maut di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang di sini, direman tujuh hari bermula hari ini.
Permohonan reman dikeluarkan Majistret Suhaili Sapuan di Hospital Permai Johor Bahru di sini sehingga Sabtu depan, ke atas suspek berusia 32 tahun itu.
Permohonan reman berkenaan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, sebelum ini mangsa dibawa ke hospital terbabit bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.
Terdahulu, seorang bayi lelaki berusia setahun enam bulan maut dipercayai dikelar ibunya di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang di sini semalam.
Ketua Polis Johor CP M.Kumar berkata kejadian berlaku pada 1.30 tengah hari dan siasatan awal mendapati wanita berusia 32 tahun itu turut menghantar gambar anaknya yang berlumuran darah kepada suaminya menerusi Whatsapp.—AlHijrah Online
Pingback: BAYI MAUT DIKELAR IBU DI PASIR GUDANG – ALHIJRAH ONLINE